Home

Friday, February 29, 2008

Rumahku, Syurgaku

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapatlah saya berkongsi bersama anda beberapa panduan asas kaedah membuat langsir dan hiasan tingkap.


Hiasan dalaman sesebuah kediaman adalah penting kerana ia melambangkan keindahan serta menonjolkan cita rasa penghuninya. Tatahias yang menarik lazimnya terbina daripada sentuhan yang kreatif. Namun, tidak ada jalan singkat bagi mendapatkan kekreatifan tanpa adanya panduan atau rujukan.

Kelahiran blog Mahabiz Home Decor ini adalah untuk memberikan inspirasi dan gaya menghias yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan belanja yang tidak terlalu tinggi.  

Naluri manusia sentiasa inginkan sesuatu yang indah dan menarik. Nilai keindahan sesebuah kediaman akan wujud kalau kita mampu mencipta wajah yang menepati cita rasa serta gaya yang selesa. Bukankah keindahan milik semua? Bernekalkan minat dan bakat, saya yakin segala impian anda akan menjadi kenyataan.

Jumpa lagi.

idah