Assalammualaikum...
Hari Jumaat before Raya haji hari tu kitorang balik 2 biji keta. Aku naik dgn adik aku n 2 orang anakku. Suamiku pula naik dgn adik dia. Macam bergaduh plak kan? He..he..
Sebenarnya hubby aku balik kejap jer. Hari sabtu dah nak kena balik seremban coz dia keje. Ni ler gambar sepanjang perjalanan balik ke kampung di Jengka, Pahang...
==> berhenti buat susu fahmi kat petronas kuala pilah...
==> adik aku
Saturday, December 13, 2008
Thursday, December 11, 2008
Pattern langsir lagi...

Friday, December 5, 2008
Koleksi Pattern Langsir
Assalammualaikum..
Rasanya dah lama aku tak menulis kat sini. Nak kata busy tu, boleh tahan gak ler busy nyer. Di samping diserang penyakit "M". Hari ni aku nak share beberapa pattern langsir yang aku kumpul dari pelbagai website dan blog. Have a nice view..

Quickpost this image to Myspace, Digg, Facebook, and others!

Wednesday, August 27, 2008
Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan SK Dato' Shahbandar Abu Bakar Labu Hilir
.jpg)
.jpg)
Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan SK Dato' Shahbandar Abu Bakar Labu Hilir yang berlangsung semalam sangat meriah.....
Bilik Komputer SK Dato' Shahbandar Abu Bakar, Labu Hilir
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Pertama kali menjejakkan kaki ke makmal komputer SK Dato' Shahbandar Abu Bakar Labu Hilir ni, saya terpegun dengan keindahan dekorasinya. Suasananya membuatkan kita rasa seronok untuk terus berada di situ. Tahniah buat guru-gurunya yang penuh dedikasi dan begitu kreatif.
Pot Luck n Majlis Persaraan GB
Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Rasanya dah lama tak menulis kat blog ni. Busy je memanjang dengan pelbagai aktiviti harian baik di sekolah mahupun dirumah. Awal ogos yang lepas, kat sekolah baru saya ada buat pot luck yang bertempat di bilik KH sempena majlis persaraan guru besar Pn. Hjh. Jawnehdah. Masing-masing makan tak ingat dunia. Akhirnya, semua duduk kerana kekenyangan...
Sunday, July 6, 2008
Salam..
Dah lama saya menyepikan diri tak menulis kat sini. Berehat kerana melahirkan anak kedua. Lepas tu sibuk pulak pindah ke rumah baru. Selain tu, dapat pulak berpindah ke sekolah baru. Mula-mula tu pening gak nak hias rumah baru. Tak tau nak pilih pattern apa nak buat untuk langsir sliding door. Akhirnya, semalam siap jugak. Saya buat pattern Goblet jer. Nanti ada masa saya masukkan gambar.
Saturday, March 1, 2008
Menghias secara berjimat

Assalammualaikum dan selamat tengah hari...
Korang pernah tak tengok rancangan Casa Impian kat Astro Prima. Pengacaranya Eric Leong. Saya memang suka tengok rancangan tu. Selalu ler berangan nak hias rumah cam yang eric buat tu.
Tapi....mampu ker? Boleh ke kita menghias ruang tanpa perlu berhabisan wang? Jawapannya boleh!
Menurut Eric, kunci utama untuk menghias ruang ialah bijak menmanfaatkan ruang dan barangan sedia ada secara kreatif. Dengan cari ni kita dapat menjimatkan kos dalam usaha menghias semuala ruang tanpa perlu menukar keseluruhan perabot, warna dinding dan perhiasan.
Menurutnya lagi, perkara pertama yang perlu diambil perhatian ialah warna dinding, perabot dan teknik pencahayaan. Pemilihan yang tepat bagi ketiga-tiga elemen ini sangat penting untuk mendapatkan hasil yang menarik. Kita tidak digalakkan menggunakan warna cat yang terlalu terang atau pemasangan kertas dinding bercorak penuh untuk keseluruhan ruang. Ia akan menimbulkan suasana serabut.
Kita jumpa lagi nanti dengan rahsia menghias daripada Eric.
Salam perpaduan,
idah
www.mahabiz.com
Friday, February 29, 2008
Rumahku, Syurgaku
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapatlah saya berkongsi bersama anda beberapa panduan asas kaedah membuat langsir dan hiasan tingkap.
Hiasan dalaman sesebuah kediaman adalah penting kerana ia melambangkan keindahan serta menonjolkan cita rasa penghuninya. Tatahias yang menarik lazimnya terbina daripada sentuhan yang kreatif. Namun, tidak ada jalan singkat bagi mendapatkan kekreatifan tanpa adanya panduan atau rujukan.
Kelahiran blog Mahabiz Home Decor ini adalah untuk memberikan inspirasi dan gaya menghias yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan belanja yang tidak terlalu tinggi.
Naluri manusia sentiasa inginkan sesuatu yang indah dan menarik. Nilai keindahan sesebuah kediaman akan wujud kalau kita mampu mencipta wajah yang menepati cita rasa serta gaya yang selesa. Bukankah keindahan milik semua? Bernekalkan minat dan bakat, saya yakin segala impian anda akan menjadi kenyataan.
Jumpa lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)